baiklah, berdasarkan tajuk di atas, kat sini saya nak merungkaikan sikit apa ituu kawan.

kawan dapat ditakrifkan sebagai seorang yang senantiasa berdampingan dengan kita ataupun orang yg mempunyai hubungan baik dengan kita. mereka ini boleh jadi orang yang sebaya dengan kita, lebih tua drpd kita atau lebih muda daripada kita.
setiap hari saya bersyukur kpd Allah kerana memberikan saya kawan utk menemani hari2 saya. dan setiap hari saya menyedari hari2 saya lebih bermakna dengan kehadiran mereka yang bergelar kawan. meskipun kawan membawa pengaruh negatif kpd saya, tetapi ia mengajar saya utk menjauhkan diri drpd melakukan perkara yg sedemikian.
kata org, kawan sejati akan sentiasa berada bersama kita saat susah mahupun senang.
masih wujudkah kawan sejati? sebaik mana sekalipun kita melayan kawan kita, belum tentu kawan kita akan turut melakukan perkara yg sama terhadap kita. sanggupkah kawan berkorban utk kita sekiranya sepanjang persahabatan itu, kita tidak pernah sekalipun menghargai akan pengorbanan yg telah si kawan lakukan terhadap kita.
pengorbanan masa juga dikira sebagai pengorbanan kerana kesanggupan meluangkan masa utk kawan yg disayangi.
Situasi satu :
ok, let say si A ingin meluangkan masa dengan si B. namun, si B yang sudah pun ada "buah hati" menolak utk meluangkan masa bersama si A kerana bimbang "buah hati"nya itu akan marah kepadanya. si A sebagai kawan, memahami dan menurutkan saja. tidakkah kecil hati si A terhadap tindakan si B ?
Situasi dua:
bila si B tengah gadoh punya gadoh dengan "buah hati"nya, nangis2 teresak2, kemudian mencari si A utk meluahkan perasaan dan kesedihan yg sedang dialaminya tika itu. sekiranya anda si A, adakah anda akan meluangkan masa anda setelah apa yg dilakukan si B terhadap anda dalam situasi satu tadi?
kerana cinta monyet, seorang kawan sanggup mengetepikan seorang kawan sejatinya. kerana cinta yang belum tentu kekal itu juga seorang kawan sanggup hingga bermusuhan dengan kawan yang telah rapat dengannya sejak kecil lagi. kerana menginginkan perhatian, seorang kawan tanpa teragak2 mengaibkan kawannya dihadapan org lain.
banyak sebab mengapa kawan boleh jadi lawan.
kawan ketika senang mudah dicari. petik jari sekali banyak yang mari. jika difikirkan lagi, di mana hendak dicari kawan yang akan bersama2 kita ketika susah, kawan yang akan sama2 menangis dengan kita ketika sedih? susah sangatkah untuk menghargai kawan yg sanggup mengetepikan egonya demi seorang kawan?
hargailah kawan yang sentiasa bersama dengan anda ketika saat ini kerana kawan sedemikian susah hendak dicari spare part, sekda dijual rah pasa kawan camyaa.
